Tuduhan penglibatan ATM di Acheh Sentimen_anti-Malaysia_di_Indonesia

Pada 23 Februari 2010, berita AFP melaporkan penemuan pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan di pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI) di dalam hutan Jalin Kabupaten Aceh Besar. 100 orang anggota polis Indonesia lengkap senjata berat merampas pisau komando, teleskop, rangsum tentera, pakaian seragam mirip tentera Malaysia (ATM) dan khemah. Ketua Polis Aceh, Adityawarman menyatakan kumpulan pengganas baru itu dikaitkan dengan Imam Samudera dan Noordin Mohammad Top. Berlaku tembak-menembak selama 14 jam. 4 orang lelaki tempatan berusia 21-46 tahun berjaya ditangkap manakala seorang terbunuh. Kira-kira 50 orang lelaki beroperasi di situ sejak 6 bulan lalu. Kamaruddin mati tertembak, manakala anaknya, Suheri, 14, tercedera.[14]

Pada 1 Mac 2010, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Malaysia mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat.[15]

Rujukan

WikiPedia: Sentimen_anti-Malaysia_di_Indonesia http://www.asiaquarterly.com/content/view/160/1/ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://otak2.blogspot.com/2007/12/malingsia-very-p... http://umum.kompasiana.com/2009/08/28/peneliti-mal... http://www.malaysiakini.com/news/125328 http://www.mysinchew.com/node/5513 http://www.beritaindonesia.co.id/cms/component/con... http://books.google.com.my/books?id=KyIeAAAAMAAJ&q... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takhorma... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...